Tuesday, February 1, 2011

HaPpY ChiNeSe NeW YeAr...2011

Suka tengok gambar kat atas...comel kan....(*_^)
3 & 4hb February, 2011 Kaum Tiong Hua akan menyambut Tahun Baru Cina. Semua menyambutnya kerana ia adalah cuti umum. Seronok semua di hias dengan warna merah...buah merah, baju merah, makanan merah. Saya suka sangat. Anak2 paling suka dengan tarian singa...nanti terjahlah kat mana2 tempat yang ada tarian singa...janji happy....:-D

Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis 'Arnab Logam' akan membawa berita baik kepada ekonomi dunia. Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti. Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.


Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau. Selain itu, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan. Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat. Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat.


Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka. Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

Semua di atas hanyalah kepercayaan & budaya kaum Cina, bukanlah untuk kita mempercayainya tetapi hanya untuk pengetahuan sahaja....;-)

Love: yenyen :-)

1 comment: