Showing posts with label anak2ku. Show all posts
Showing posts with label anak2ku. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

PRINCE I TERIMA ANUGERAH....






Pada 17hb. Julai, 2012 yang lalu...Prince I telah ke KL untuk menerima Sijil Kecemerlangan 
"IMPIANKU KE MENARA GADING" daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini di atas pencapaian kerana berjaya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Seramai 50 orang menerima anugerah seluruh Malaysia dan hanya 4 orang penerima daripada Sabah. 3 orang perempuan dan seorang lelaki iaitu my lucky son...Prince I.


Prince I kat baris ke dua, no. 2.  Baju putih, neck tie biru muda...senyum sokmo..:-)


Anugerah yg diterima....terima kasih KPT....

Semoga Prince I akan terus berjaya dalam akademik, agama, kerjaya dan seterusnya dalam hidup....insya-Allah...amin.....

Love: yenyen :-)


Monday, September 12, 2011

Akhirnya ia tiba...

Apa yg tiba ya.....


Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

akan bermula....selama 6 tahun duduk dalam kelas sekolah rendah, sekaranglah masa

untuk dinilai pembelajaran selama 6 tahun itu.

Prince II akan menghadapinya, semua usaha telah dibuat...doa2 telah diminta,

moga ketenangan bersamanya ketika menjawab soalan...doa mummy sentiasa bersamamu...

GOOD LUCK Adam....& juga anak buahku Joyel...

Love: yenyen :-)

Wednesday, December 29, 2010

Cuti-cuti Malaysia


Maaf kerana lama tidak bersiaran...( ada yang kesah ke?...)


Ahad lepas...Prince2 & Princess2 dah balik daripada bercuti aka balik kampung...


2 minggu kat kampung. Seminggu kat rumah je.


Seminggu dihabiskan dengan melancong...


Balik kampung sendiri tapi nak pegi ke tempat2 pelancongan...macam mana tu...esh3....:)
(gambar2 akan diupload kemudian...:)

Cuti telah berakhir sekarang ini membuat persiapan mental dan fizikal untuk bersekolah pula...

hehehe....enjoy time dah habis.


Love: yenyen :-)

Tuesday, December 14, 2010

BaLiK KaMpUnG....

Prince2 & Princess2 BALIK KAMPUNG dari KL - KK

Ahad lepas 12.12.2010. Awal pagi menghantar Prince2 & Princess2 ke LCCT Sepang. Flight pada pukul 10.20am. Pukul 8.30 dah sampai kat airport....sebelum tu....kita bergambar dulu..

Sedih jg nak lepaskan anak2 ni pergi sendiri...tetapi sesekali takpe le...belajar le berdikari...Sukar nak berpisah dgn Princess III sebenarnya....tapi ini hanya ujian kecil moga kami sabar dalam kerinduan ini...


dengan Mr McD..:)
Princess II pun nak join jg...:)

dgn santa claus lak...(mana hadiah?...mr santa...?) :)


Prince2 & Princess2 xsabar ...

sabar menunggu...

masuk...

kat dalam dah...

dlm perut kapal dah...
Moga anak2 ku dilindungi olehNya...
Love: yenyen :-)

Wednesday, December 1, 2010

Dag dig dug...

Telefon berdering pukul 11.30 pm....
tengok...no. Prince I....
jantungku berdegup kencang....bertanya kat dia. Risau pula kalau dia bermasalah dalam menghadapi examnya.

mummy: kenapa bang?....(risau ni sebab paper SPM dia esok...memang dia lemah sikit)

Prince I: Abg tension....(suara dia pun ... tersekat2...)

mummy: Relaxlah bang, jangan beratkan otak ... pegi solat....

Prince I: ok....

Perbualan kami pun putus di situ tapi minda ini terus berfikir....risau. Tak dapat tidur. Panjang lebar saya SMS kat dia supaya tak risau sebab mummy ini akan mendoakan dia...

kemudian....

Prince I SMS:....abg ok dah...

alhamdulillah.....moga anakku ini dapat menjawab dengan tenang paper Add Math (hari ini)

insya Allah....

Love: yenyen :-)

Friday, November 26, 2010

JALAN-JALAN PUTRAJAYA

Princess II buat Kad Pengenalan

Sebagai warga Malaysia yang berjaya...cewah...:) kenalah membuat IC apabila berumur 12 tahun. 14hb Oktober maka genaplah Princess berumur 12 tahun. Disebabkan hari itu adalah hari bekerja untuk ibu bapa maka, saya merancang untuk membuat ICnya pada hari ahad 17hb. Setibanya di JPN, Putrajaya ada masalah pula. Surat beranaknya perlu dikemaskinikan kerana tidak ada nama bapa. Semua perlu diproses dalam tempoh 3 minggu kerana perlu pengesahan drpd JPN, Sabah...huh!
Ahad lepas, pergilah kat Putrajaya.........& tempoh untuk mengambilnya 24 jam sahaja kat Putrajaya & boleh diambil utk keesokan harinya. Hari isnin hari bekerja...tak leh la pula. Hmmm... Nak ambik kat Shah Alam, dekat - senang sikit tapi kena tunggu 10 hari - 2 minggu ...
Inilah perjalanan kat Putrajaya pada hari itu....:)



cuaca yg cerah...








semua dah selesai...baliklah...:)
posing dulu...:)


Love: yenyen :-)

Monday, November 22, 2010

SPM 2010

Bermulanya SPM...

Hari ini hari pertama Prince I akan mengadap kertas exam SPM...moga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semoga Prince I dapat menjawabnya dengan tenang dan mudah...amin...

Love: yenyen :-)

Wednesday, November 10, 2010

Auto-Publish

ReSuLt UPSR ...

Saya pula yang berdebar-debar tunggu keputusan UPSR keluar....dugdagdugdag.........Begitulah rasanya menjadi ibu pada anak2 yang bakal mendapat keputusan peperiksaan...Mungkin debaran ini melebihi debaran anak itu sendiri...
Princess II xtau pula ...bila ditanya, dia kata dia berdebar2 jg....Tapi semua itu saya kata bergantung pada usaha yang telah dibuat selama 6 tahun dalam sekolah rendah. Terimalah walau apa pun keputusan. Walau apa pun saya harap dia mendapat keputusan yang terbaik...dan memang saya doakan selalu dia mendapat keputusan yang cemerlang...insya Allah...amin!...
Love: yenyen :-)

Tuesday, November 9, 2010

PinK ColoR



I love PINK



Ayen ni suka dengan pink kaler...kalau boleh semua pun nak kaler pink...Tapi xpe le, Ayen kan girl...sudah semestinya nak colour yang light...jangan pula prince2 pula yang suka colour pink....hehe :)

Apa jadi kalau dunia ini penuh dengan pink kaler?...:)


Love: yenyen :-)