Tuesday, February 1, 2011

HaPpY ChiNeSe NeW YeAr...2011

Suka tengok gambar kat atas...comel kan....(*_^)
3 & 4hb February, 2011 Kaum Tiong Hua akan menyambut Tahun Baru Cina. Semua menyambutnya kerana ia adalah cuti umum. Seronok semua di hias dengan warna merah...buah merah, baju merah, makanan merah. Saya suka sangat. Anak2 paling suka dengan tarian singa...nanti terjahlah kat mana2 tempat yang ada tarian singa...janji happy....:-D

Masyarakat Cina percaya Tahun Baru Cina yang jatuh pada Tahun Arnab daripada jenis 'Arnab Logam' akan membawa berita baik kepada ekonomi dunia. Mengikut zodiak Cina, Tahun Arnab juga bagus bagi perniagaan dan boleh membawa keuntungan besar tahun ini khususnya yang membabitkan bidang kreativiti. Selain itu, harga hartanah juga akan melambung sehingga ramai orang boleh menjadi kaya. Di samping itu, diramalkan pasaran saham dalam enam bulan pertama tahun ini adalah lebih baik berbanding enam bulan kedua nanti. Berdasarkan astrologi Cina tradisional, 12 haiwan digunakan untuk mewakili setiap tahun mengikut urutan, iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi dengan setiap mempunyai signifikan tersendiri.


Masyarakat Cina juga percaya Tahun Arnab kali ini membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yang sedang menghampiri gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, diramalkan nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan, terutama menimpa mereka yang dilahirkan pada tahun anjing, kuda dan harimau. Selain itu, perkiraan zodiak Cina meramalkan tahun ini bakal menyaksikan banyak pergaduhan berlaku di segenap dunia dan sesama ahli keluarga. Dari aspek kesihatan, diramalkan keadaan tidak baik kerana akan berlaku banyak kes influenza seperti batuk dan penyakit berkaitan sistem pernafasan. Mereka yang bekerja pula harus lebih bersabar tahun ini berikutan diramalkan banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat. Dalam konteks ini, tahun ini juga bukan waktu yang baik untuk bertukar kerjaya atau kenaikan pangkat.


Bagi pelajar pula, mereka yang dilahirkan pada Tahun Arnab dan ayam diramalkan menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, justeru, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian serta bantuan tuisyen kepada mereka. Menurut zodiak Cina, antara sifat positif dimiliki individu yang dilahirkan pada Tahun Arnab ialah peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik dan berjiwa seni, manakala sifat negatifnya pula tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, lurus bendul, pengecut dan mudah terpedaya.

Semua di atas hanyalah kepercayaan & budaya kaum Cina, bukanlah untuk kita mempercayainya tetapi hanya untuk pengetahuan sahaja....;-)

Love: yenyen :-)

Wednesday, January 26, 2011

BEN ASHAARI BLOG





Tajuk dah ada....

Header dah ada...

En. Ben, sepatutnya saya update sekali dalam sehari, tp jika keadaan tidak 'memberangsangkan'...tu yang bertangguh hingga 3 - 4 hari....

Saya berminat berada dalam bloglist BEN ASHAARI kerana dia ni baik kerana bagi peluang dengan orang2 baru seperti saya walaupun telah dikenali. Lagipun dia ni banyak idea, kot2 dia boleh beri idea lagi untuk saya yang sering 'kebuntuan' idea....hehe


Jika blog saya ni popular saya akan buat n3 setiap hari kerana saya tahu ramai yang ingin mengetahui n3 terkini dari saya.....hehe....bukan macam sekarang ni....bagai hidup tak segan, tp mati tak mahu pulak.....( siap berperibahasa dah...) huhu... Kira nak rajin cam En. Ben le....hehe...sekarang ni bukan tak rajin, cuma kurang rajin je....:)

So, En. Ben jangan segan2 nak promote blog saya ok...didahului....thousand million thanks.....(*_^)


Love: yenyen :-)

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG


Saya nak join lagi En Ben punya anjuran kali ini...

saya dah tempah tiket awal ...walaupun takde hadiah, kalo ada hadiah..lagi best!

Saya ikut mengegarkan BLOG...BLOG saya ni, x baru..x juga lama...jadi bolehlah join...

TQ En. Ben ...




Love: yenyen :-)

Monday, January 10, 2011

Kasut Sebelah Kuhilang......:'(

Hujung minggu lepas ketika nak basuh kereta...first sekali 'ternampaklah' tayar yang dah takde cap tu....hati bergolak....risau..marah..benci...angkara siapakah ini ...Cuba nak tanggalkan cap kat tayar belakang....huh! ketatlah pulak....fuhh...


Mesti ni angkara orang yang nak buat kerja senang ni...nak kebas je sebab kalo nak beli baru kena beli 1 set, 4 biji...nak buat apa? Nak guna 1 je. Sonang cerita, kebas orang punya je....
Ada ke aku menjadi mangsa....oh ...tidak!...


Mai sini...sapa punya kerja ni....saya nak bagi 4 biji ni sekali.....FOC. Buat apa saya nak guna kalo dah diambik 1. Bagaikan guna kasut sebelah je...Bayangkanlah...



Burukkan rupanya.....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Aku tidak meminta kehilangan ini tetapi kalo ada hikmah disebaliknya dan diganti dengan yang lebih baik....alhamdulillah.....aku bersyukur sangat...
dan itu lah yang kudapat.....
taraaaaa......
Nasib baiklah ....hy ku sang penyelamat.....membeli 'kasut baru' yang lebih cantik untuk keretaku....& yang penting aku suka sangat....
Sayang hy....sponsor la selalu ya...hehe :)


Love: yenyen :-)

Friday, January 7, 2011

Ayen dah besar...

WELCOME TO SCHOOL...



Minggu ini memang minggu Kembali ke sekolah...ibu bapa pun sibuk
menghantar & menjemput anak2.



Tahun ini Princess III dah masuk TAHUN 1...yahoo...semakin besarlah
Puteri Bongsu ni...dah pakai baju kaler putih...

(gambar2 ayen akan diupload kemudian...)



Love: yenyen :-)

Thursday, January 6, 2011

Happy Birthday PRINCE II


Kek coklat kegemaran Prince IISelamat Hari Jadi moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Semoga dewasa dalam menjalani hidup ini. Jadilah anak yang rajin dan bertanggungjawab insya Allah...


Love: yenyen :-)

Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA JUARA...


Tahniah Malaysia kerana menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Sebenarnya saya bukanlah mengikuti sangat perkembangan bola sepak tanah air ni, tapi ambil tahu juga. Apalagi bila diistiharkan oleh PM esok cuti....yahoooo...TERIMA KASIH PM.
Dapat 3 hari cuti ni....seronok....seronok....( mengalahkan budak kecik dapat gula2...hehehe...)

Banyak plan dalam kepala ni...hehe...


Love: yenyen :-)