Thursday, September 30, 2010

Saya suka baca http://kancilbiru.com menarik. Saya tau, dia xkan baca blog saya. Sudi ke dia?....huhu...

sy tngh belajar buat link ni...moga menjadi....:)

Thursday, September 9, 2010

Yey....eSoK HaRi RaYa....






Prince2 & Princess2 tak sabar sambut raya terutama Princess III. Tahun ini first time Ayen puasa. Tahun lepas kalau disuruh puasa, bagaikan disakiti je...sebut je puasa menangis bagai....bagaikan tak boleh makan selama2nya...hehe...( tapi mum ni faham dia tak leh nak tinggalkan botol susu dia....hihik...)

Ayen semakin dewasa, faham apa itu puasa. Walaupun tidak memahami sepenuhnya tetapi dia tahu, puasa tak boleh makan dan minum. Cukuplah untuk pembelajaran di tahap awal. Happy sangat dengan perubahan yang positif ini. Moga Ayen semakin dewasa dengan pengetahuan yang semakin bertambah dan menjadi anak yang solehah...amin

SALAM AIDILFITRI...

Thursday, July 8, 2010

Kau pergi jua......

Sebenarnya banyak kenangan dikongsi bersama.
Suka, duka, pahit, manis...
Kita pergi ke mana sahaja
tetapi...
tiba masanya terpaksa melepaskan kau pergi
dengan 'keterpaksaan'






Bukan apa sebenarnya...yang pergi hanyalah sebuah kereta tetapi kerana ia telah
berkhidmat dengan lama iaitu sejak prince2 & princess2 masih kecil lagi.
Waktu tu bolehlah dorang muat lagi kat dalam kereta tu tapi sekarang Prince I &
Princess I dah remaja. Tak nak bersempit dalam kereta terutama jika untuk perjalanan yang jauh...hmmm....

Tuesday, May 11, 2010

Sambutan Hari Ibu - 09.05.2010

Setiap tahun pada bulan Mei, ahad minggu kedua kita menyambut
HARI IBU ....tetapi sepatutnya hari-hari adalah hari ibu kerana
hari-hari juga ibu sentiasa mengingati kita....

Saya bertuah kerana pada tahun ini...anak2 ada di sisi menyambutnya
bersama-sama. Saya hanya dapat menyediakan sebiji Tat Telur yang
besar untuk keluarga dan anak2...(tak sempat nak ambil gambar....huhu...)
Tetapi tidak mengapa kerana ingatan dan kasih sayang seorang ibu adalah
segala-galanya....Doa ibu sentiasa mengiringi anak2 hingga akhir hayat.
Selagi ada ibu....ibu ini akan terus mendoakan kejayaan anak2nya....aminnnn.

SeLaMaT HaRi IbU...

Apa pun gelaran....ibu, mama, emak, umi, ama, mummy, mother....dia tetap seorang ibu yang harus dihormati ....

Seseorang ibu wajib dihormati, tidak boleh disakiti dan dikecilkan hatinya. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan kewajipan tersebut. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra' ayat 23 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun 'uh'. Janganlah menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)".

Ini buat ingatan pada yang bergelar anak termasuk juga saya. Walaupun bergelar ibu tetapi saya juga seorang anak...kepada seorang ibu yang saya panggil mummy dan mak mertua yang saya panggil mama...Moga mereka berdua selalu sihat dan dilindungi olehNya selalu. Sayu pula terasa....maklumlah mereka berdua jauh di mata tapi dekat di hati...hanya doa yang mengiringi...