Wednesday, December 29, 2010

MALAYSIA JUARA...


Tahniah Malaysia kerana menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Sebenarnya saya bukanlah mengikuti sangat perkembangan bola sepak tanah air ni, tapi ambil tahu juga. Apalagi bila diistiharkan oleh PM esok cuti....yahoooo...TERIMA KASIH PM.
Dapat 3 hari cuti ni....seronok....seronok....( mengalahkan budak kecik dapat gula2...hehehe...)

Banyak plan dalam kepala ni...hehe...


Love: yenyen :-)

Cuti-cuti Malaysia


Maaf kerana lama tidak bersiaran...( ada yang kesah ke?...)


Ahad lepas...Prince2 & Princess2 dah balik daripada bercuti aka balik kampung...


2 minggu kat kampung. Seminggu kat rumah je.


Seminggu dihabiskan dengan melancong...


Balik kampung sendiri tapi nak pegi ke tempat2 pelancongan...macam mana tu...esh3....:)
(gambar2 akan diupload kemudian...:)

Cuti telah berakhir sekarang ini membuat persiapan mental dan fizikal untuk bersekolah pula...

hehehe....enjoy time dah habis.


Love: yenyen :-)

Wednesday, December 15, 2010

Jom kita berkenalan



Bila mula buat blog?
April thn ni...( baru berjinak2 )

Jumlah follower sekarang ni?
28 je... ( huhu...)

Berapa trafik harian?
Ada le tp xpasti... ( tak tentu...)

Sehari berapa entri?
1 je... ( tengok mood akak jg...huhu..)

Berikan satu blog yang best korang suka baca?
salam2benua.blogspot.com


Love: yenyen :-)

Tuesday, December 14, 2010

BaLiK KaMpUnG....

Prince2 & Princess2 BALIK KAMPUNG dari KL - KK

Ahad lepas 12.12.2010. Awal pagi menghantar Prince2 & Princess2 ke LCCT Sepang. Flight pada pukul 10.20am. Pukul 8.30 dah sampai kat airport....sebelum tu....kita bergambar dulu..

Sedih jg nak lepaskan anak2 ni pergi sendiri...tetapi sesekali takpe le...belajar le berdikari...Sukar nak berpisah dgn Princess III sebenarnya....tapi ini hanya ujian kecil moga kami sabar dalam kerinduan ini...


dengan Mr McD..:)
Princess II pun nak join jg...:)

dgn santa claus lak...(mana hadiah?...mr santa...?) :)


Prince2 & Princess2 xsabar ...

sabar menunggu...

masuk...

kat dalam dah...

dlm perut kapal dah...
Moga anak2 ku dilindungi olehNya...
Love: yenyen :-)

Thursday, December 9, 2010

Menumpang Kasih...

Setiap hari dia akan datang...memanggil dari luar, kadang mengetuk pintu rumah....:)


Kadang2 awal....kadang2 lewat....x tentu masa....tapi Prince2 & Princess2 akan menyambutnya dengan gembira...:) kerana saya x sanggup untuk membiarkan dia menduduki rumah bersama2 (yg bab dia nak melepas tu yg x sanggup....;(
Kalau dia datang...jamuan ringan pasti disediakan...kadang istimewa, kadang yg ringkas :)
Inilah dia yg dimaksudkan....


:::JOHNNY:::

Dia ni siap diberi nama lagi....sebelum ni ada seekor kucing juga ... selalu datang...sejak akhir2 ni je dia x datang. Kucing lain pula yang datang. Kalau yang dulu dinamakan JOHN, sekarang ni JOHNNY pula....Anak2 kata, "Mana boleh sama nama, kucing tu berlainan..." hehehe...


Love: yenyen :-)

Friday, December 3, 2010

TUDUNG GIVEAWAY



Nampak tak baby comel ini?....come kan...tu yg nak join contest yg dibuat oleh http://lakaranhati.blogspot.com/ sapa yg nak join...terjah le....tp jangan lupa

letak nama saya>> http://yenyenstory.blogspot.com/ sebagai referrer anda...



Saya dah follow blog mamamika & De" Chantique Boutique & contest mamamika kerana

itu adalah syarat2nya....



Entri & banner dah ada



Refferer saya pula: http://azatiesayang.blogspot.com/



Saya nak tag ellen, rafina & honey...semua juga boleh teman2 blog....

BUAT MAMAFIKA...HAppY 4th AnniVersary...MOGA BAHAGIA SELAMANYA....DENGAN BERTAMBAHNYA ZURIAT TERSAYANG...





Love: yenyen :-)

Cindai Boutique 1st Giveaway


Nak join contest lagi...

Utk sabut timbul.....harap kali ni jadi sabutlah....jgn asik jadi batu....huhu..:(

Sy dah follow...sy suka dgn tudung tu...sesuai jd model....haha :D

Sy dah follow ok anna...tq

Blogger doakan sy berjaya ok...

Love: yenyen :-)

Thursday, December 2, 2010

Contest Shoutbox Comey by Fatin hanani

saya nak join Contest Shoutbox Comey by Fatin hanani....>>>


Saya dah follow dengan penuh keikhlasan....:) nampak tak banner kat atas dah letak dah...


Saya tag 2 kawan: ellen=http://mummynemo.com/ & http://rafinamimi.blogspot.com

bagilah saya menang ekh....{{merayu dgn penuh keikhlasan jugak...huhu...}}



Love: yenyen :-)

Wednesday, December 1, 2010

Dag dig dug...

Telefon berdering pukul 11.30 pm....
tengok...no. Prince I....
jantungku berdegup kencang....bertanya kat dia. Risau pula kalau dia bermasalah dalam menghadapi examnya.

mummy: kenapa bang?....(risau ni sebab paper SPM dia esok...memang dia lemah sikit)

Prince I: Abg tension....(suara dia pun ... tersekat2...)

mummy: Relaxlah bang, jangan beratkan otak ... pegi solat....

Prince I: ok....

Perbualan kami pun putus di situ tapi minda ini terus berfikir....risau. Tak dapat tidur. Panjang lebar saya SMS kat dia supaya tak risau sebab mummy ini akan mendoakan dia...

kemudian....

Prince I SMS:....abg ok dah...

alhamdulillah.....moga anakku ini dapat menjawab dengan tenang paper Add Math (hari ini)

insya Allah....

Love: yenyen :-)

Monday, November 29, 2010

CUTI_CUTI SEKOLAH G.A!


Tetiba pula nak join contest ni...yg dibuat oleh http://aanie.blogspot.com aka mama adam. Sesiapa yg nak join sila mila le....ke link di atas. Syaratnya pun mudah...

1. Bapa-bapa, ibu-ibu......semestinya manusia. (aku ini kan manusia, jadi bisa dong...) :)

2. Follow blog mama adam dan lady-dyla aka http://nasi-kerabu.blogspot.com (itu bisa diatur..) :)

3. Tinggalkan entri ringkas kat entri komen & id follower

4. Tepek banner ini kat sidebar blog masing2...(dah ada kat atas...:)

5. Tarikh tutup 31 Dis 2010 kul 11.59am

6. Hadiah....saprais.....sy pun tertunggu2 ni...:)


Love: yenyen :-)

Sunday, November 28, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Saya ini diibaratkan...budak baru belajar dalam dunia blog ini...sudi2 le kiranya En. Ben berikan tunjuk ajar apa2 yg kurang kat blog sy ni ye...agar sy blh perbaiki lg...tq En. Ben...

Entri yg sy suka dgn blog En. Ben ini ialah...cara penulisannya..., tip2,...banyak lagi la...baik korang lawati sendiri kat http://www.benashaari.com/2010/11/redah-aku-dan-kau-punya.html & blh le sertai juga....:)

Entri kat blog sy ni kebanyakan mengenai anak2...(Prince2 & Princess)...any idea...bagitau je le...saya amat berbesar hati...tq

Love: yenyen :-)

Friday, November 26, 2010

JALAN-JALAN PUTRAJAYA

Princess II buat Kad Pengenalan

Sebagai warga Malaysia yang berjaya...cewah...:) kenalah membuat IC apabila berumur 12 tahun. 14hb Oktober maka genaplah Princess berumur 12 tahun. Disebabkan hari itu adalah hari bekerja untuk ibu bapa maka, saya merancang untuk membuat ICnya pada hari ahad 17hb. Setibanya di JPN, Putrajaya ada masalah pula. Surat beranaknya perlu dikemaskinikan kerana tidak ada nama bapa. Semua perlu diproses dalam tempoh 3 minggu kerana perlu pengesahan drpd JPN, Sabah...huh!
Ahad lepas, pergilah kat Putrajaya.........& tempoh untuk mengambilnya 24 jam sahaja kat Putrajaya & boleh diambil utk keesokan harinya. Hari isnin hari bekerja...tak leh la pula. Hmmm... Nak ambik kat Shah Alam, dekat - senang sikit tapi kena tunggu 10 hari - 2 minggu ...
Inilah perjalanan kat Putrajaya pada hari itu....:)



cuaca yg cerah...








semua dah selesai...baliklah...:)
posing dulu...:)


Love: yenyen :-)

Monday, November 22, 2010

SPM 2010

Bermulanya SPM...

Hari ini hari pertama Prince I akan mengadap kertas exam SPM...moga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semoga Prince I dapat menjawabnya dengan tenang dan mudah...amin...

Love: yenyen :-)

Thursday, November 18, 2010

2 in 1

Sambutan Aidil Adha & Kesyukuran Nisa UPSR 2010 5A
Tak sah Raya Haji tanpa daging....tapi tahun ni tak dapat pula daging free sebab kena awal bertolak ke Bandar Puteri Klang untuk membuat majlis kesyukuran anak2 yg berjaya mendapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR baru2 ni. Sepupu Nisa, Iqa pun berjaya dapat 5A, itulah nak rayakan mereka berdua ni....Saya masakkan ...ini je untuk mereka....:)



Rendang daging
Pulut kuning berinti serunding

Pulut kuning + rendang daging + kuih pelita kek utk Nisa


Nisa memotong kek...

anak2 tak sabar nak makan kek...;)

dah kenyang main UNO pula...

Love: yenyen :-)

Wednesday, November 17, 2010

Auto-Publish

~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA ~


Bermulanya cuti sekolah....bermula dengan Raya Korban @ Raya Haji @ Raya Adha...
yang banyak membuat korban adalah....sang lembu / sang kambing / sang kancil....:)
Saya pun membuat banyak pengorbanan untuk keluarga ini...hanya Allah yang maha
mengetahui.....semoga semuanya dirahmatiNya...






Semua orang mempunyai peranan dan pengorbanan... semoga anak2 semua mengerti apa itu pengorbanan...di samping doa & tawakal.

Love: yenyen :-)

Friday, November 12, 2010

SCHOOL HOLIDAY

Sekolah mula bercuti hari ini tapi hanya untuk Prince I & Princess I je. Prince I baru je sampai dari Penang dgn menaiki train malam semalam. Prince I cuti hanya utk seminggu lepas tu dia akan bertarung dalam exam SPM. Jadi seminggu ni tak bolehlah cuti buku...
Bagi Princess I pula memang lepas PMR dia selalu buat cuti sendiri & sekolah dia pun start cuti hari ni....so, bolehlah dia bersantai ngan Mr Bean ni.....hehehe....


Happy Holiday...



Prince II, Princess II & Princess III....belum cuti lagi ye....Isnin kena ke sekolah lagi....:)


Love: yenyen :-)

2 Peristiwa

Konvokesyen PRINCESS III
Kalaulah dapat dibahagikan seseorang itu dapat pergi dua tempat dalam satu masa. Saya akan melakukannya. Tetapi saya harus memilih dan pilihan yang pertama saya harus menemani Ayen untuk pergi ke majlis konvokesyen Tadika kerana ia jauh dari rumah dan Ayen tidak boleh dibiarkan pergi sendiri...dalam masa yang sama keputusan UPSR Princess II akan keluar hari ini pada pukul 11.00am. Tetapi pukul 11.00am majlis Ayen belum selesai lagi....huh....
....Sekitar Majlis Konvo....
Guru-guru keluar ke depan...
Sabar menunggu giliran naik pentas...


Tak sabar ...menerima ijazah 'tadika'

sabar....


Tiba giliran Ayen...diiringi oleh ibu....:)




.....Setelah Ayen mendapat 'ijazah' Tadikanya...dengan segera kami pun meninggalkan majlis yang belum selesai untuk ke sekolah Princess II...di situ pun majlis dah selesai...kelihatan Princess II melompat2...."Mum, .....saya dapat 5A..." Saya pun memeluk dan menciumnya dengan gembira....tak didapat dibayangkan perasaan saya pada ketika itu....gembira + terharu.....alhamdulillah.......semua dimakbulkan Allah. Semoga Princess II akan terus berjaya. Ini cuma halangan pertama dalam perjalanan yang masih jauh...& dia telah berjaya mengharunginya...Teruskan usaha untuk berjaya dengan ujian yang lebih besar lagi....
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Love: yenyen :-)

Wednesday, November 10, 2010

Auto-Publish

ReSuLt UPSR ...

Saya pula yang berdebar-debar tunggu keputusan UPSR keluar....dugdagdugdag.........Begitulah rasanya menjadi ibu pada anak2 yang bakal mendapat keputusan peperiksaan...Mungkin debaran ini melebihi debaran anak itu sendiri...
Princess II xtau pula ...bila ditanya, dia kata dia berdebar2 jg....Tapi semua itu saya kata bergantung pada usaha yang telah dibuat selama 6 tahun dalam sekolah rendah. Terimalah walau apa pun keputusan. Walau apa pun saya harap dia mendapat keputusan yang terbaik...dan memang saya doakan selalu dia mendapat keputusan yang cemerlang...insya Allah...amin!...
Love: yenyen :-)

Tuesday, November 9, 2010

PinK ColoR



I love PINK



Ayen ni suka dengan pink kaler...kalau boleh semua pun nak kaler pink...Tapi xpe le, Ayen kan girl...sudah semestinya nak colour yang light...jangan pula prince2 pula yang suka colour pink....hehe :)

Apa jadi kalau dunia ini penuh dengan pink kaler?...:)


Love: yenyen :-)