Sunday, July 29, 2012

PRINCE I TERIMA ANUGERAH....






Pada 17hb. Julai, 2012 yang lalu...Prince I telah ke KL untuk menerima Sijil Kecemerlangan 
"IMPIANKU KE MENARA GADING" daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini di atas pencapaian kerana berjaya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Seramai 50 orang menerima anugerah seluruh Malaysia dan hanya 4 orang penerima daripada Sabah. 3 orang perempuan dan seorang lelaki iaitu my lucky son...Prince I.


Prince I kat baris ke dua, no. 2.  Baju putih, neck tie biru muda...senyum sokmo..:-)


Anugerah yg diterima....terima kasih KPT....

Semoga Prince I akan terus berjaya dalam akademik, agama, kerjaya dan seterusnya dalam hidup....insya-Allah...amin.....

Love: yenyen :-)


Friday, July 20, 2012

MARHABAN YA RAMADAN

Aku menulis lagi.....memang susah untuk mencuri masa yang sesuai tapi hari ini memang sesuai untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN untuk semua.  Alhamdulillah...aku diberi izin untuk melalui bulan Ramadhan ini dengan penuh syukur...Terima kasih ya Allah...aku diberi waktu bersama2 keluarga untuk melaluinya....hari ini, hari yang pertama ramadhan.  Moga 29 hari yang akan dilalui seterusnya dipermudahkan olehMu.....aminnnn....



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Kita rebutlah peluang ini....jom ramai2 kita terawih malam ni.....



Love: yenyen :-)

Saturday, April 7, 2012

Bday PRINCESS III

lama tak berkunjung kat sini...bukan tak rindu tapi terlalu sibuk dengan tugas2 harian...tugas utama sbg; driver, chef, tukang kebun, doktor, nurse, akauntan, amah (huhu...).......malu sebenarnya nak muncul kembali tetapi hari ini saya terpanggil apabila ingin jadikan memori ini terus jadi memori utk Prince & Princess ku....









Teristimewa buat Princess III ku....AYEN...
Happy birthday 8th years old....pada 5hb April yg lalu
Moga akan menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat...
Mummy akan doakan yang terbaik untukmu...







inilah kek pilihan....dia nak yg ada doll powerpuff girl tp disebabkan takde...dia pilih le ikan duyung ni...sb ia kelihatan cute jg....hehe






potong kek bersama Prince II...nampak dia pulak yang tak sabar...:)




Love: yenyen :-)

Monday, September 12, 2011

Akhirnya ia tiba...

Apa yg tiba ya.....


Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

akan bermula....selama 6 tahun duduk dalam kelas sekolah rendah, sekaranglah masa

untuk dinilai pembelajaran selama 6 tahun itu.

Prince II akan menghadapinya, semua usaha telah dibuat...doa2 telah diminta,

moga ketenangan bersamanya ketika menjawab soalan...doa mummy sentiasa bersamamu...

GOOD LUCK Adam....& juga anak buahku Joyel...

Love: yenyen :-)

Sunday, August 28, 2011

SALAM AIDILFITRI

Syawal akan menjelma....
Tinggallah Ramadhan...moga segala amalan kita diberkati olehNya...
dan kita akan bertemu dengan Ramadhan tahun depan...
Semua rumah dihias cantik dengan lampu hiasan yang bergemerlapan...
lagu raya berkumandang di sana sini, letupan mercun juga kedengaran di sana sini...
Sebentar lagi kami sekeluarga juga balik ke kampung suami (Kudat)...
Moga kami selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat...insya-Allah...
Love: yenyen :-)

Tuesday, August 9, 2011

Hadiah Hari Jadi....

Siapa yg tdk gembira mendpt hadiah hr jadi....
walaupun dah tua....sbnya....hadiah itu free ....hehe...

Ni le yg sy maksudkan.......




Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* atTGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 9 September 2011(Friday). Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.


Thank you very much Nuffnang.....Love you very much....




Ini le movie yg sy pilih utk tonton....kalo sy dpt pegi......huhu....
(sedih tau.....pawagam yg tersenarai xde di tempat sy....
walaubgimanapun sy sungguh apprieciate atas perhatian yg diberi oleh
utk meraikan hr jd sy ini....
jd sesiapa yg nak pegi....sy blh 'sponsor' (sponsor atas sponsor)
tiket ni....ada 4 tu....

nak....??? sila tngal pesan.....:D


jgn lepas peluang....gift ramadhan dr Yenyen....:D

Love: yenyen :-)

Monday, August 8, 2011

Ulang Tahun 8811

Hari ini dah 8 hari kita berpuasa....ada 22 hari utk kita meneruskan perjuangan
yg penuh dugaan ini...

Dalam masa yg sama umur sy ni pun bertambah juga...hehe...
biasalah kan...umur ni mana ada semakin bekurangan...:) thn ni bertambah byk
la pulak..:)...dah masuk veteran...

Dalam tarikh yg bersejarah ini; saya sungguh berharap moga segala usaha dan
cita-cita (walaupun dah tua uu....) akan berjaya dicapai...

Tarikh yg sama juga adalah anniversary sy yg ke 19 thn...tlh lama sy melayari bahtera
perkahwinan ini ...tlh byk pahit, manis, masam, pahit yg tlh dilalui....Semuanya sy
tempuhi dgn tabah dan sabar... semoga perkahwinan sy ini akan diberi cahaya olehNya...dengan
cahaya keimanan dan kebahagian dunia akhirat...

Sy juga amat mengharapkan kejayaan anak2...semoga mereka menjadi anak2 yg soleh dan solehah..berjaya dunia akhirat, baik budi pekerti & menghormati ibu bapa....insya-Allah...Aminnn...

Love: yenyen :-)