Sunday, July 29, 2012

PRINCE I TERIMA ANUGERAH....






Pada 17hb. Julai, 2012 yang lalu...Prince I telah ke KL untuk menerima Sijil Kecemerlangan 
"IMPIANKU KE MENARA GADING" daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Ini di atas pencapaian kerana berjaya melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Seramai 50 orang menerima anugerah seluruh Malaysia dan hanya 4 orang penerima daripada Sabah. 3 orang perempuan dan seorang lelaki iaitu my lucky son...Prince I.


Prince I kat baris ke dua, no. 2.  Baju putih, neck tie biru muda...senyum sokmo..:-)


Anugerah yg diterima....terima kasih KPT....

Semoga Prince I akan terus berjaya dalam akademik, agama, kerjaya dan seterusnya dalam hidup....insya-Allah...amin.....

Love: yenyen :-)


Friday, July 20, 2012

MARHABAN YA RAMADAN

Aku menulis lagi.....memang susah untuk mencuri masa yang sesuai tapi hari ini memang sesuai untuk mengucapkan SALAM RAMADHAN untuk semua.  Alhamdulillah...aku diberi izin untuk melalui bulan Ramadhan ini dengan penuh syukur...Terima kasih ya Allah...aku diberi waktu bersama2 keluarga untuk melaluinya....hari ini, hari yang pertama ramadhan.  Moga 29 hari yang akan dilalui seterusnya dipermudahkan olehMu.....aminnnn....



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.



Kita rebutlah peluang ini....jom ramai2 kita terawih malam ni.....



Love: yenyen :-)