Tuesday, May 11, 2010

Sambutan Hari Ibu - 09.05.2010

Setiap tahun pada bulan Mei, ahad minggu kedua kita menyambut
HARI IBU ....tetapi sepatutnya hari-hari adalah hari ibu kerana
hari-hari juga ibu sentiasa mengingati kita....

Saya bertuah kerana pada tahun ini...anak2 ada di sisi menyambutnya
bersama-sama. Saya hanya dapat menyediakan sebiji Tat Telur yang
besar untuk keluarga dan anak2...(tak sempat nak ambil gambar....huhu...)
Tetapi tidak mengapa kerana ingatan dan kasih sayang seorang ibu adalah
segala-galanya....Doa ibu sentiasa mengiringi anak2 hingga akhir hayat.
Selagi ada ibu....ibu ini akan terus mendoakan kejayaan anak2nya....aminnnn.

SeLaMaT HaRi IbU...

Apa pun gelaran....ibu, mama, emak, umi, ama, mummy, mother....dia tetap seorang ibu yang harus dihormati ....

Seseorang ibu wajib dihormati, tidak boleh disakiti dan dikecilkan hatinya. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan kewajipan tersebut. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra' ayat 23 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun 'uh'. Janganlah menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)".

Ini buat ingatan pada yang bergelar anak termasuk juga saya. Walaupun bergelar ibu tetapi saya juga seorang anak...kepada seorang ibu yang saya panggil mummy dan mak mertua yang saya panggil mama...Moga mereka berdua selalu sihat dan dilindungi olehNya selalu. Sayu pula terasa....maklumlah mereka berdua jauh di mata tapi dekat di hati...hanya doa yang mengiringi...